Tuesday, October 6, 2009

Penutup

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan seni. Namun begitu, khazanah negara yang tidak ternilai itu sekian lama semakin hilang dan semakin kurang mendapat perhatian daripada masyarakat:

“ketika ini hampir semua pemain muzik tradisional adalah orang yang lewat umur. Tidak terdapat barisan pelapis dikalangan anak-anak muda kerana kebanyakkan muda-mudi lebih tertarik dengan muzik barat yang jauh popular daripada muzik tradisional. Keadaan ini berlaku kerana pengaruh muzik barat telah menyerap ke dalam cara hidup masyarakat Malaysia akibat daripada pengaruh elektronik dan media cetak serta peranan saluran pendidikan yang menggalakkan pengajaran muzik barat”.
(Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1989)


Sekiranya permasalahan ini kian berlanjutan adalah dikhuatiri generasi yang akan datang sudah tidak berpeluang untuk mengenali mahupun menghargai warisan seni negara. Untuk mengatasi masalah ini, golongan pendidik terutamanya guru-guru muzik perlu mendalami permainan ini. Setelah itu, guru hendaklah mengetengahkan permainan ini kepada pelajar-pelajar sekolah dengan memperkenalkan dan mempraktikkan permainan ini di sekolah masing-masing.

4 comments:

  1. bagus3..hebat3...cumo byk sgt pergerakan pic...kalu bole..kurangkan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih! Cadangan anda dialu-alukan.

    ReplyDelete
  3. Disini saya ingin mencadangkan supaya di ambil satu pendekatan yg menarik bagi menarik golongan muda untuk mndekati permainan tradisional. Dengan dunia globalisasi kini saya optimis muzik tradisional semakin hambar dan mungkin akan ditengelam dan akan dilupakan. Sama-sama la kita mencari kaedah bagi menjaga muzik tradisional kita. Sekian

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan kata-kata boyour... Oleh itu, sebarkan blog ini kepada rakan-rakan anda.
    Terima kasih.

    ReplyDelete