Tuesday, September 15, 2009

Soro Cak





Cak ialah nada aras tinggi yang terhasil apabila bahagian tepi belira seperti dalam gambar di bawah yang dipalu dengan menggunakan kepala mmalu ataupun ulu pangkal mmalu.



Teknik Paluan Cak

Gambar di bawah menunjukkan bahagian kepala mmalu yang digunakan untuk mengetuk bahagian tepi belira untuk menghasilkan bunyi cak. Bunyi cak terhasil apabila belira dipalu menggunakan kepala mmalu seperti yang digambarkan di bawah.




Gambar menunjukkan teknik paluan untuk menghasilkan bunyi cak dengan menggunakan kedua-dua ulu pangkal mmalu.



Bunyi cak juga terhasil apabila belira dipalu menggunakan pangkal dan kepala mmalu seperti gambar di bawah.


Setelah paluan dibuat, biarkan seketika permukaan kepala atau pangkal mmalu menyentuh permukaan tepi belira. Paluan menghasilkan bunyi cak yang bersifat pendek (tidak bergema) tetapi tajam.

2 comments:

  1. bunyi tepi.kalau rebana ubi tak dipukul dengan tangan. benar sekali bunyi tajam. tengah malam bunyi ini sangat best.kalau dibuat editing bunyi ni jadi lain lagi.

    ReplyDelete
  2. Untuk maklumat lanjut mengenai paluan cak... Sila dengar kolksi video yang disertakan.
    Tentu anda dapat bezakan yang mana satu bunyi cak dan bunyi kung.

    ReplyDelete