Monday, September 7, 2009

PENGENALAN


Kertok adalah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu nangka, pulai, sentol, sena, merbau dan cengal. Di tengah-tengah kayu ditebuk lubang untuk mengeluarkan bunyi atau peti bunyi apabila di pukul pada kayu yang diletakkan di atas lubung tadi. Kertok, sekali pandang bentuknya sama seperti lesung menumbuk padi tetapi telah diubah suai menjadi suatu alat muzik yang boleh mengeluarkan bunyi yang menarik. Kertok yang lengkap mempunyai empat bahagian utama iaitu belira, bodi (badan kertok atau ibu kertok), mmalu (pemalu) dan lekar (pelapik). Belira adalah papan sekeping yang melintang permukaan bodi kertok.

Kertok adalah di dalam ketegorikan alat muzik idiophone iaitu alat muzik yang diketuk untuk menghasilkan bunyi (Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2003). Asasnya kertok kayu mempunyai dua ton bunyi iaitu bunyi cak dan kung. Bunyi cak terhasil apabila belira dipalu menggunakan pangkal mmalu. untuk menghasilkan nada yang tinggi. Bunyi kung pula untuk nada yang lebih rendah, ianya terhasil apabila belira dipalu menggunakan getah mmalu.

Set lengkap ensemble muzik ini mempunyai 6 buah kertok dan pemuziknya seramai 12 orang pemain iaitu dua orang bagi satu kertok. Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, kertok biasanya dimainkan untuk tujuan berikut :

· Sebagai hiburan selepas musim menuai dan alat bunyi-bunyian untuk memeriahkan suasana majlis keraian.
· Kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam.
· Digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting.

Kertok pada masa kini bukan lagi sekadar dimainkan di kampung-kampung malah dimainkan di dalam upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, memyambut orang kenamaan dan perayaan-perayaan rasmi. Bagi menambahkan tarikan dan keasyikan, adakalanya kertok dihiasi indah dan paluannya bertingkah (khoceh) yang dianggap paling merdu.

12 comments:

  1. Terima kasih kepada En Saufi yang memartabatkan alat muzik tradisional Kertuk.
    Alat muzik tradisional kertuk ini dapat membantu generasi baru mengenalinya. Terima kasih kerana membantu para pendidik muzik seperti kami. Pendidikan muzik adalah pelbagai.Alat muzik kertuk dapat digunakan dan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Alat muzik kertuk ini boleh memainkan pelbagai rentak.Terdapat kertuk kayu dan kertuk kelapa. Kertuk kelapa dimainkan sebagai hiburan di kampung-kampung di negeri Kelantan dan Terengganu.Alat ini dimainkan secara ensembel. Kertuk kayu dimainkan oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan.Alat ini tergolong dalam keluarga idiofon.Permainan kertuk kayu ini sebagai hiburan dan kadang kala dimainkan untuk mengiringi persembahan tarian.Terima kasih sekali lagi kepada En Saufi yang mengumpul lagu-lagu rakyat dan memartabatkan alat muzik tradisional Malaysia.- Aida(Nik)Anuwar

    ReplyDelete
  2. "Kekalkan Warisan Kita" Aida, cuba dedahkan permainan ini kepada pelajar... dan sebarkan blog ini kepda rakan-rakan guru muzik... Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH KERANA BERUSAHA UNTUK MEMARTABATAKAN PERMAINAN KERTOK.
    Berdasarkan pengalaman saya permainan kertok ini merupakan permaianan rakyat untuk mengisi masa lapang. Terutama selepas musim menuai padi. jadi permainan ini tidak jauh bezanya dengan permainan rebana ubi. saya mengatakan sedemikain kerana berdasarkan lagu-lagu yang didendangkan sama dengan lagu permainan rebana ubi. misalnya lagu pak dogol, lagu hala, lagu tukar dalang dan lain-lain lagi.
    sementara itu, dari segi susunan permainan juga mengikut urutan iaitu :
    1) paluan masuk bangsal
    2) Lagu cak (pak dogol, hala, hulubalang DLL.)
    3) Paluan bersimbung.
    sekiranya di teliti kebanyakkan lagu yang dimainkan dalam persembahan permainan kertok ini mengambarkan watak-watak yang terdapat dalam persembahan wayang kulit.
    sememangnya banyak lagi lagu-lagu yang terdapat dalam persembahan permainan kertok seperti lagu said, belarak bedak, kijang melompat dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    Terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi maklumat dan segala ilmu yang berkaitan dengan kertok...
    Saya percaya anda mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini... dan jika ada maklumat lain yang berkaitan dengan kertok serta langkah-langkah untuk mendekatkan genarasi muda (pelajar-pelajar sekolah) dengan permainan ini.
    Tulisan dan perbincangan anda di blog ini adalah amat dialu-alukan...
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Syabas kerana berjaya membina blog ini. Warisan budaya harus dikenali dan dikekalkan agar terus segar menyusuri zaman.Buat julung-julung kalinya kertok diketengahkan secara ilmiah. Tahniah....

    ReplyDelete
  6. Berdasarkan kepada permintaan saudara untuk membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mendekatkan lagi generasi muda meminati permainan kertok.Sebenarnya saya mengharapkan sangat untuk menarik minat golongan muda dalam permainan kertok. yang paling utama adalah promosi yang dijalankan perlu la lebih meluas terutamanya melibatkan peranan media massa untuk mempromasikan permainan ini. sekiranya kita berpegang kepada salah satu peribahasa melayu yang mengatakan "tak kenal maka tak cinta". sebenarnya kalau lah kita dah kenal akan permainan ini ianya amat menarik kerena terdapat banyak nilai estetika dalam permainan ini. pertama untuk membuat permaianan ini yang memerlukan kehalusan atau kemahiran yang tinggi.
    kedua dari segi paluan lagu yang mengasyikkan dan dapat menghayati watak-watak tertentu. misalnya paluan lagu pak dogol yang menceritakan bagaimana pak dogol berjalan. di mana pak dogol merupakan watak seseorang yang pada mulanya berjalan secara perlahan-lahan dan semakin lama semakin laju untuk mengadap raja serama.maknanya dalam memainkan rentak lagu dalam permainan ini dari perlahan kepada semakin laju.
    ketiga nilai estetika dari segi kelunakkan dan kelantangan suara sesebuah kertok. di mana kertok yang mempunyai mutu suara yang baik akan mendapat tempat di hati para pendengarnya.
    keempat dari segi kesamaan bunyi, permainan ini memerlukan enam buah kertok untuk membentuk satu pasukan. jadi kesemua suara kertok ini perlu di tune atau di setting dengan bunyi yang sama untuk mendapat kelunakkan suara. saya berharap saudara atau peminat permainan ini cuba untuk melihat sendiri permainan atau persembahan yang di mainkan secara kumpulan.
    persoalan kenapa golongan muda tidak minat permainan ini. secara peribadi saya mengatakan bahawa kebanyakkan muda mudi pada hari ini telah banya berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan. jadi mereka ini tidak mempunyai peluang mengenai permainan ini dengan lebih mendalam lagi.
    selain itu, peranan pengurusan sesebuah pasukan juga perlu di pertingkatkan lagi dalam memperkenalkan lagi permainan ini. golongan muda perlu di ajak untuk terlibat dalam pengurusan sesebuah pasukan.
    selain itu, kebanyakkan individu yang pernah terlibat dalam permainan berada di luar negeri kelantan. jadi untuk meningkatkan lagi permainan ini agak sukar kerana ada sebahagian golongan ini berkerja di luar negeri kelantan. jadi permainan ini kekurangan golangan keahlian untuk mempopularkan lagi permainan ini.

    sekiranya kita menghayati dan memahami permainan ini dari segi semangat berpasukan. di mana dalam sesebuah pasukan ada nama panggilan masing-masing iaitu jong tingkah(jong tikoh), jong menyekat(jong nyekat), jong Gong, Jong Canang dan awak-awak. sekiranya kita lihat dari sudut pengajaran dan pembelajaran pada hari ini amat menekankan pembelajaran teknik koperatif. jadi kita dapat lihat peranan-peranan yang dimainkan dalam sesebuah kumpulan. jadi di sini saya berpendapat permaianan ini dapat meningkatkan lagi interaksi dalam sesebuah kumpulan dan sekiranya permainan ini di ketengahkan amat sesuai dengan P&P pada masa kini.sekian, sehingga berjumpa lagi.

    ReplyDelete
  7. boleh ambil info ini?
    saya tgh mengkaji ttg kertuk.
    dan sy amat jatuh jinta dgn bunyi kertuk.
    saya akan memartabatkannya semula supaya ianya dikelnali ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga terhasilnya buku mengenal kertok UNTUK rujukan dan pedoman generasi masa datang.

      Delete
  8. Bolehkah saudar Saufi memberi conctact no. penggiat muzik kertuk (En Mohd Noor Zakaria)? Saya ingin menghubunginya untuk tujuan pembikinan dokumentari tv. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... saya terlepas pandang. Jika ada apa yang boleh saya bantu

      Delete
  9. assalamualaikum en.saufi, saya pelajar dari UMK, kos seni persembahan. terima kasih atas info hok en.saufi bui ni, saya tgh kaji psl kertuk kelapa loni kalu blh gk nk mintok jasa baik en.saufi share nmbor en.mohd noor zakaria. hajatnyo nk g tgok cara dio buat skali nga main kertuk tu sndri

    ReplyDelete