Mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSM telah mula diperkenalkan di peringkat sekolah menengah sebagai Projek Rintis pada tahun 1996 selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk memberikan satu bentuk pendidikan yang menyeluruh dan seimbang.

Berkaitan dengan itu, penghasilan buku Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Kertok ini adalah hasil daripada Projek Akhir (Mod A) Sarjana Pendidikan (Muzik) di bawah seliaan Prof. Madya Zaharul Lailiddin bin Hj. Saidon dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Adalah diharapkan buku ini akan dapat memberi sumbangan yang amat bermakna kepada pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik khususnya di sekolah menengah.
Buku Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Kertok ini ditulis khusus untuk guru Pendidikan Muzik Tingkatan Satu KBSM.
Buku ini memuatkan secara umum sejarah negeri Kelantan. Pelbagai aspek berkaitan permainan kertok seperti bahagian-bahagian utama kertok, etika persembahan, soro ataupun nada kertok dan akhir sekali ialah teknik dan postur permainan kertok. Beberapa bab terakhir dalam buku ini juga telah sertakan pelbagai latihan-latihan pembelajaran irama melalui permainan kertok dalam pelbagai meter.
Semoga bahan dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, terutama guru muzik, guru pelatih di institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah demi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik tanahair.
AKAN DITERBITKAN... BERMINAT?
Nantikan Kemunculannya!
Hubungi 019-9788961(saufi)
atau e-mail
Saya berminat dengan buku anda...!
ReplyDeleteBro Sopi,
ReplyDeleteBagusla usaha kau ni. Kalau x, aku x ambik port pon dgn instrumen kertok ni. Yang aku tau, ubi kertok kat tepi jalan menghala ke proton city. (Ada lagi ke?)Kalau lambat, abis...hehe