Monday, September 14, 2009

BAHAGIAN-BAHAGIAN KERTOK


Kertok terbahagi kepada beberapa bahagian yang penting seperti bodi (badan kertok), lekar
(pelapik), belira (daun atau bilah), mochok, getah pengikat, dan mmalu (alat pukulan).


Bodi (badan kertok atau ibu kertok)

Bodi (badan kertok) kelapa diperbuat daripada kelapa dan bodi kertok kaya diperbuat daripada kayu seperti kayu nangka, pulai, sentol, sena, merbau dan cengal. Jenis kayu memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan ton yang baik.

Lekar (pelapik)


Lekar adalah bahagian bawah yang menyokong untuk menstabilkan kedudukan bodi kertok. Lekar ini juga berperanan untuk menyerap bunyi, dan sekaligus mempengaruhi ton bunyi kertok apabila dimainkan. Biasanya lekar diperbuat daripada tayar kereta sorong dan dibalut dengan kain atau guni jut yang warnanya mengikut citarasa pembuatnya.

Belira (daun atau bilah)


Belira adalah bahagian yang penting dalam sesebuah kertok. Ia biasanya diperbuat daripada kayu chengal kerana ia dapat menghasilkan ton yang baik dan kayunya mempunyai kualiti yang tinggi (tidak mudah rosak apabila dipalu). Untuk ketahanan, belira disipal (besi dipaku pada tepi belira) supaya ianya tidak mudah pecah apabila dipalu dalam jangka masa yang lama.


Mocok (pancang) dan getah



Mocok berperanan untuk menetapkan kedudukan belira pada ibu kertok. Pada zaman dahulu ianya diperbuat daripada rotan dan kini mocok dibuat dengan menggunakan wayar.



Gambar di atas menunjukkan peranan mocok untuk menetapkan kedudukan belira pada ibu kertok.


Kedudukan belira pada ibu kertok dikuatkan lagi dengan mengikat getah untuk menghalang belira daripada tertanggal apabila di palu dengan kuat. Gambar di bawah menunjukkan kedudukan belira yang diikat dengan menggunakan getah. Getah ini diambil daripada tiub basikal atau motosikal.



Mmalu (alat paluan)


Mmalu ada empat bahagian iaitu kepala, getah, ulu (pemegang) dan pangkal seperti dalam gambar. Sesetengah mmalu ada dua bahagian iaitu getah mmalu dan ulu mmalu. Pada zaman dahulu getah mmalu diperbuat daripada ‘getah skrap’ dan kini getah itu digantikan dengan tiub motosikal atau basikal yang gunting halus kemudian dililitkan pada kayu dan dicelup ke dalam gam untuk memastikan ianya melekat dengan kuat. Akhir sekali barulah dibalut dengan tali nelon untuk membentuk lilitan yang bulat pada pemukul. Semua bahagian mmalu ada peranannya yang tersendiri dalam menghasilkan bunyi semasa permainan kertok.


13 comments:

  1. Selamat Hari Raya.... Kertok orang dah tak main laaaa..... susah nak cari buah kelapa... Apa kata kita cuba buat dari buah durian pula... ok juga rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo tak maing kertok...mu maing KERPOK pulak laaaa.

      Delete
    2. NNATANG NI BERAT NNANANG...OII..AMIK BUAH DERIANG KERANG/KERAH...HOK BULAT BESAR MOLEK..KERAT DUE....BUANG ISI DALANG..KIKIH KULIT DALANG BIAR NIPIH....SERKOP ATAH KPALE MUNG...HAHAHA PADANG MUKE..BASE DOK RETI BASE...

      Delete
  2. Kita sekarang berusaha nk kekalkan muzik warisan! Kalau tidak kita ... nk harapkan siapa?

    ReplyDelete
  3. Betapa kurangnya publisiti tentang kertok, hingga saya sendiri baru mengenalinya di blog anda. Saya yakin golongan belia kita tidak tahu akan kewujudan kertok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alat permainan yang bagus untuk kesihatan juga...palu kuat berpeloh seluruh badan...payah kena darahtinggi dan kencing manih...tapi jaga takut kena wosir ...

      Delete
  4. Saya tidak pernah mengambil tahu tentang kertuk di negeri sendiri sehinggalah saya belajar muzik di UPSI dan mengambil subjek Muzik Malaysia. Sekarang saya telah meminati alat muzik tradisional kertuk.

    ReplyDelete
  5. kertuk boleh dikembangkan lagi dan diajar disekolah. Teknik-teknik bermain kertuk boleh diubah-suai mengikut muzik semasa.dan kertuk boleh dimainkan dengan alat muzik lain seperti kompang dan gamelan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAWE DOK STUJU CAMPOR KOK SIR...PUNAH ORI LAA BODO...KEKALKAN ORI DIA...BERLAWAN ANTARA KAMPONG...ANTARA DAERAH...LAWANG ANTARA NEGERI...KELANTANG LAWANG TEGANU...KELANTAN LAWAN KEDAH...LAWANG PAHANG...ADAKAN PIALA KERTOK..ANTARABANGSA...MALAYSIA LAWANG THAILAND ...GUANE GAMOK..

      Delete
  6. boyour, Aida, M.Zaki...
    Terima kasih kerana sudi berikan pandangan.
    Sebagai guru, kita perlu sentiasa berusaha mempelajari, mengembangkan dan mempelbagaikan teknik dan tujuan sesuatu permainan kertok...
    agar genarasi muda dapat menghargai permainan ini.

    ReplyDelete
  7. TUBUHKAN AKADEMI KERTOK DAN REBANA...

    ReplyDelete